- Inner CD dari material bamboo
- Insert microfiber (2 insert)
- Available in snap button & velcro
- Sesuai utk bayi 3-12kg
Harga: RM30/pcs
Bersama kami, kembali kepada alami!!
Ramai yg tanya/ minta cadangan dari saya, nak beli yg mana?
Jika anda baru nak mencuba cloth diaper/ baru nak berCD, yg penting berapa budget anda utk permulaan? Atau berapa yg anda nak beli?
Juga, satu hal yg penting, berapa umur n berat baby? Ataupun 'pampers' pakai size apa?
Secara umumnya, utk newbies (yg baru nak cuba cloth diaper), mmg saya cadangkan Coolababy... Sama ada Coolababy pocket button atau velcro.
Yg ke-2, saya cadangkan CD minky (cloth diaper yg lapisan luarnya daripada fabrik minky), sama ada QQbaby minky ataupun Sunny Baby Minky.
CD minky menjadi pilihan ramai dan mendapat permintaan yg tinggi kerana lapisan luarnya (minky) begitu cantik dan lembut seperti baldu. Juga kerana kualitinya yg cukup bagus dgn harga yg sangat 'reasonable' (mampu milik).
Untuk newborn/ baby yg masih kecil, saya cadangkan Rainbow BB dan Babyland printed. Ataupun kalau nak coolababy, amik yg velcro.
Rainbow BB dicadangkan utk newborn atau bayi yg masih kecil kerana mempunyai cutting (potongan) yg paling kecil antara semua CD. Jadi sesuai la, tak nampak besar/ bulky dengan baby yg masih kecil.
Babyland printed dgn setting saiz yg paling kecil (S) juga sesuai utk newborn. Lagipun closurenya boleh bertindan utk pelarasan pinggang, so sesuai utk baby yg masih kecil.
Bagi saya, Babyland printed juga ok, so far mmg ok dgn anak saya. Mmg lebih fit utk baby yg bertubuh kecil (lilitan perut n paha yg tak begitu besar). Tapi kalau baby jenis chubby pun ok jer.
Rasanya kebanyakan CD mmg lebih fit utk baby yg bertubuh chubby drp yg kecil molek ni.. Jadi, kalau anak anda dlm kategori chubby, jgn risau.. Insya-Allah boleh fit elok SELAGI berat tak melebihi 15kg.
Coolababy velcro pula boleh bertindan dia punya velcro tape tu utk pelarasan pinggang (so sesuai la jika baby masih kecil). Mmg Coolababy dia cakap utk baby 3 kg ke atas (3-13kg), tp saya rasa lebih sesuai utk baby yg dah 5 kg ataupun dah 2 bln lebih.
Begitu juga dgn Coolababy AIO, saya rasa lebih sesuai utk baby yg dah 3 bulan ke atas (sbb closure snap button).
(Nota: Utk lihat perbezaan saiz antara Rainbow, Babyland printed dan Coolababy, boleh tgk di galeri CD di side bar belah kanan).
Semua CD yg dijual di sini adalah one size pocket diaper (size S, M, L dlm satu) cuma cutting sedikit berbeza setiap satunya.
Dyana CD (kini DyanaMP) mempunyai 4 setting saiz (S-XL), utk baby 3-18 kg. Sangat dicadangkan utk baby yg berbadan besar ataupun yg dah 7kg ke atas. Kurang sesuai utk newborn.
Jika anda minta cadangan saya nak beli snap button/ velcro, saya mmg cadangkan anda cuba kedua-duanya (button dan velcro). Sila baca lebih lanjut (snap button vs velcro di Info CD). Sama ada nak beli lebih byk button atau velcro tu terpulanglah kpd anda...
Kalau baby masih kecil mungkin velcro lebih ok sebab senang nak fit-kan dekat pinggangnya (kecuali Rainbow button yg mmg bersaiz lebih kecil) dan utk baby yg dah besar sikit/ toddler saya cadangkan snap button, sebab budak2 boleh buka CD velcro. Utk baby yg tak duk diam/ susah nak pakaikan diaper ni, beli la yg velcro.
KINI terdapat beberapa pakej percubaan di sini utk anda pilih. Ini memudahkan anda memilih pakej yg sesuai dgn budget anda. Selamat memilih!
p/s: Saya hanya boleh bagi cadangan, anda yg menentukan....QT Alami Shop Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez